I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 31, 2010

hidup ku...

Assalamualiku w.b.t...

Ini hari pertama aku menulis blog,sebelum ni aku teringin nk ada blog.Tapi kerana kesibukan aku seorng pelajar sebuah IPTS bayak kerja yang perlu aku laksanakan.Mungkin blog aku ni simple.Banyak lagi yg aku perlu perbaiki.
Hari first aku tulis blog aku rase lebih baik aku cerita kisah hidup aku dulu...Aku dibesarkan dalam keluarga yg simple..Aku anak yg last dari 5 orang adik beradik aku..Aku dilahirkan pada 17 January..
Aku dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang bernama Samsudin bin Omar dan Aminah Mohd Zin.
Sejak aku lahir dan dibesarkan banyak pengalaman manis dan pahit aku telah lalui.Aku seorng yg mudah menagis.
Aku dibesarkan oleh ayah aku sejak 15 March 2002.Aku telah kehilangan orang yg betol aku sayang.Emak aku telah pergi buat selama-lamanya.Masa 2 aku darjah 4..umur aku pada masa 2 10 tahun..Malam pada kejadian emak aku meninggal aku berada di perkhemahan unit berunitform di Terengganu.Emak aku datang untuk menyediakan masakan untuk anak-anak muridnya.Semasa kejadian aku berada di surau untuk menunaikan solat isyak.
Setelah selesai menunaikan solat isyak aku pulang ke khemah utuk meneruskan tugas sebai ketua plantun pengakap.Setelah sampai di khemah aku melihat emak aku dah pengsan.pada masa 2 aku ingat noting happen,so aku buat mcm biasa.tiba2 aku melihat ayah aku datang dan membawa emak aku pulang.Sepanjang 3 hari dua malam aku berada di kawan perkhemahan aku,aku asyik memikirkan apa akn terjadi pada emak aku.
Setelah semuanya selesai,aku pulang ke rumah dan melihat emak aku masih tidak berupaya untuk bagun.Ayah aku mengambil keputusan untuk membawa emak aku pulang ke kampung dan terus ke hospital Kuala Terengganu,setelah itu emak aku disahkan mengalami hypotension dan telah dimasukan ke wad 8E.Surgical wad.Setelah beberapa hari berada di wad pada 15 March 2002 pada hari Jumaat emak aku telah menghembuskan nafas terakhir.
Pada masa itu aku berada di rumah nenek aku yg tidak jauh daripada itu.Abang aku yang kedua menjaga emak aku pada malam itu,emak aku sempat berpesan pada abang aku bahawa dia teringin makan makanan sarapan pagi menu Nasi minyak,kaki ayam dan kepak ayam.Itu adalah makn kegemaranya.

No comments: